4 Jenis Sayuran Untuk Kulit Cantik

Posted by admin 11/04/2017 0 Comment(s)

Kebanyakkan kita mengetahui bahawa amalan tabiat pemakanan sayur-sayuran sangat baik untuk kesihatan dan kecantikkan kulit. Berikut adalah jenis sayuran yang layak di rating sebagai terbaik untuk kecantikkan kulit. 

Brokoli

Apabila anda ingin mendapatkan kulit wajah dan tubuh seperti awet muda, maka brokoli adalah pilihan sayuran yang tepat. Brokoli mengandung vitamin C dan serat yang cukup tinggi dan bahan-bahan ini diperlukan untuk membentuk sel-sel kulit yang sihat. Selain itu, Brokoli juga dapat membentuk kolagen yang sangat diperlukan untuk peremajaan kulit tubuh dan wajah.

Selada Air

Tak banyak daripada kita yang mengetahui bahawa sebenarnya selada air sangat baik untuk kecantikan. Sayuran jenis ini memiliki kandungan Beta-karoten dan Mangaan. Kandungan nutrisi ini sangat diperlukan untuk membentuk kuilt yang sihat dan cantik kerana sayuran ini sangat berperanan untuk mencegah tumbuhnya jerawat pada kulit wajah. Ini adalah bagi para wanita untuk dapat tampil cantik dengan kulit wajah yang mulus tanpa jerawat.

Bayam

Siapapun mengetahui bahawa bayam adalah salah satu sayuran yang wajib untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Namun sebenarnya lebih dari itu, bayam juga disarankan bagi para wanita yang ingin menjaga kelembapan kulit wajah dan tubuh mereka kerana bayam memiliki kandungan besi yang sangat tinggi dan kandungan air yang tinggi pula iaitu sekitar 92%. Kandungan air ini diperlukan supaya kulit tidak kering dan kendur

Mentimun

Jenis sayuran ini berair, maksudnya mengandungi banyak sekali air sekitar 96% dan tentunya termasuk jenis sayuran dengan kandungan air tertinggi. Dengan kandungan air yang sangat tinggi tentunya mentimun dapat membantu mengatasi kulit yang kering dan pecah-pecah. Pengambilan mentimun seperti salad boleh diambil begitu sahaja atau dijadikan jus minuman.

Leave a Comment