Cubalah 10 Panduan Elak Jerawat Ini

Posted by admin 14/04/2017 0 Comment(s)

1) Gaya Hidup Sihat

 

Jika anda ingin bebas dari jerawat, tentu saja gaya hidup sihat harus diamalkan. Rutin mencuci wajah merupakan hal yang sangat disarankan agar kotoran, debu, dan minyak dapat dibersihkan. Kotoran ini dapat dikurangkan dan tidak menimbulkan munculnya jerawat pada kulit wajah anda.

 

2) Jangan Membiarkan Rambut Menempel Pada Kulit Wajah


Seboleh mungkin supaya rambut anda tidak menempel pada wajah, karena rambut biasanya mengandung minyak. Minyak yang ada pada rambut boleh menjadi penyebab munculnya jerawat pada wajah anda.

 

3) Hindari Sering Menyentuh Wajah


Sebaiknya hindari sering menyentuh bahagian wajah dengan tangan, kerana biasa mengakibatkan kondisi kulit menjadi kurang baik. Selain daripada itu, anda juga mungkin sering lupa apakah sudah mencuci tangan atau belum. Apabila tangan dalam kondisi tidak bersih, tangan boleh menyalurkan bakteria dan berbagai-bagai kuman pada bahagian kulit wajah anda.

 

4) Kompres Es


Anda pernah menggunakan es sebagai media untuk menyegarkan kulit wajah dan dapat mengatasi masalah jerawat. Caranya ialah dengan menggosokkan es batu pada bahagian kulit wajah anda sehingga berbagai-bagai kotoran dan minyak yang menempel dan terjebak dalam pori-pori kulit dapat hilang.

 

5) Air lemon


Penggunaan air lemon juga bermanfaat dalam membersihkan wajah. Manfaat dari air lemon ini diantaranya dapat menghilangkan minyak pada bahagian wajah termasuk bakteria pada wajah, peradangan yang terjadi pada wajah dan bekas-bekas luka akibat jerawat dapat hilang.

 

6) Diet Seimbang


Mengamalkan diet seimbang merupakan salah satu cara agar wajah bebas dari jerawat. Caranya dengan mengambil pemakanan berbagai-bagai yang bergizi seperti buah-buahan, sayuran dan selainnya. Dengan diet makanan sihat, kulit dapat terhindar dari pelbagai penyakit termasuk jerawat.

 

7) Madu


Madu memiliki banyak khasiat, salah satunya dapat menghilangkan jerawat. Selain itu, madu dapat menjaga kulit anda agar tetap halus dan bercahaya. Anda boleh menjaga kulit wajah dengan cara menyapukan madu pada kulit wajah anda dan biarkan untuk selama beberapa minit lalu bilasnya dengan air suam. 

 

8) Mentimun


Mentimun boleh digunakan untuk mencegah munculnya jerawat dan juga komedo. Selain itu, mentimun boleh membantu kulit sehingga terjadi revitalisasi. Anda boleh menggunakan mentimun yang dihaluskan kemudian gunakannya pada seluruh bahagian wajah anda.

 

9) Olesan Masker Kunyit


Salah satu perawatan kulit menggunakan bahan tradisional adalah dengan menggunakan kunyit. Jika anda pernah membuat pasta yang diperbuat dari kunyit yang kemudian boleh anda gunakan untuk kulit wajah anda selama beberapa saat. Jangan lupa untuk membilas masker kunyit yang telah digunakan tadi dengan air. 

 

10) Lidah Buaya


Lidah buaya juga boleh digunakan sebagai masker yang memiliki banyak manfaat untuk kulit wajah. Seringkali lidah buaya ditemui dalam komposisi di pelabagai macam produk perawatan kulit. Penggunaan masker lidah buaya mampu mengubati jerawat. Ini kerana lidah buaya memiliki sifat anti-inflamasi yang boleh membantu dalam mengembalikan kesihatan sel-sel yang meradang.

Leave a Comment